Rasulullah saw...
Selawat dan Salam Keatas Rasulillah Muhammad B Abdillah SAW..
Bila sebut Muhammad B Abdillah saw sememangnya semua umat ISLAM wajib mengenali beliau selaku utusan ALLAH azza wajala kepada seluruh hamba-hamba-Nya di muka bumi ini.. Beliau merupakan utusan, penerima risalah & penyampai risalah, pemegang kerja-kerja sebagai penyampai, pendidik, pejuang dan pengenal.
Apa yang beliau sampaikan? Apa yang beliau perjuangkan? Apa yang beliau didik umatnya?
Rasulillah dilahirkan di Makkah pada hari Isnin tahun Gajah. Sebelum kelahiran beliau, masyarakat sedang giat menyembah berhala, yang terkenal diMakkah masa itu Latta & Uzza ada lagi satu terlupa saya namanya. Terdapat dua kerajaan besar dimasa itu iaitu ROME & PARSI. Rome mengamalkan agama Nasrani (Kristien) manakala PARSI mengamalkan agama Majusi (sebuah agama yang menyembah api).
Semasa kelahiran beliau terdapat beberapa tanda yang mana kemunculan Rasulullah saw akan membawa kemenangan yang besar kepada seluruh alam. Dimana tentera Abraha telah diserang dengan burung Ababil semasa tentera tersebut cuba untuk meruntuhkan Kaabah, terpadamnya api majusi yang tidak pernah terpadam selama beribu tahun, cahaya (NUR) telah menyinari sekitar bilik dimana Rasulullah saw dilahirkan, baginda dilahirkan dengan siap dikhitan & seluruh alam gempita dengan kelahiran bayi yang bernama Muhammad B Abidillah saw. Para malaikat sibuk pada hari tersebut menyambut kelahiran bayi yang akan membawa tanggungjawab besar, satu tugas besar yang diberikan daripada ALLAH azza wajala Tuhan Kerajaan Langit dan Bumi..
Senyum si ibu iaitu Siti Aminah menyambut bayi nya. Rasulullah saw dilahirkan tanpa Ayah iaitu Abdullah B Abdul Mutallib tercinta disisi. Ayahnya meninggal dunia ketika pergi berdagang yang mana Rasulullah saw ketika itu masih didalam kandungan ibu nya Siti Aminah.
Kalau tak silap Rasulullah saw dapat duduk dengan ibu nya kurang dari seminggu. Kemudian diambil jaga oleh ibu susuannya iaitu Halimah. Ketika umur baginda 4 tahun sedang baginda bermain-main bersama-sama saudara sesusu ibu seperti kanak-kanak lain tiba-tiba datang 2 orang lelaki memakai serba putih. Mereka menangkap Rasulullah saw. Apa lagi berlarilah kawan-kawan sepermainan baginda ketakutan. Lelaki-lelaki tersebut membaringkan baginda dan membelah dada baginda mencuci hati baginda. Itu adalah pembedahan pertama yang baginda alami untuk pembersihan hati baginda. Lelaki-lelaki tersebut rupanya para malaikat yang mendapat arahan dari Allah Azza Wajala untuk membersihkan hati budak kecil berumur 4 tahun yang bakal menggegarkan dunia & membawa cahaya menerangi sekalian alam..
Dapat tahu Halimah ibu susuan baginda, takut bukan kepalang keadaan baginda akan dicederakan oleh orang-orang luar. Maka ibu susuan memulangkan kepada ibu baginda Siti Aminah. Baginda memperoleh kasih sayang daripada ibu dan datok baginda Abd Mutallib iaitu orang besar Makkah.
Tapi tidak lama lepas itu ibu baginda pula menyusuli meninggalkan baginda. Kalau tak silap ketika umur baginda 4 ataupun 5 tahun. Kesedihan baginda kasih sayang baginda hanya baginda curahkan kepada datoknya..
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment