SELAMAT DATANG KE BLOG "DARUL MOSTHOFA"

Berkongsi dengan teman-teman kata-kata Hikmah daripada Mualim-mualim sebagai dorongan dan peringatan kepada kita agar kasih sayang yang ada didalam jiwa kita di pupuk hanya untuk ALLAH swt sahaja...

Thursday, August 5, 2010

Awwam Az Zubair

Rasulillah saw,

Selawat dan salam keatas Baginda Rasulullah saw semoga Baginda ditempatkan di Wasilah.

Setelah meninggalnya ibu Rasulullah saw, maka baginda dijaga oleh Datoknya iaitu Abd Mutallib. Datoknya lah tempat baginda mencurahkan kasih sayang. Pada masa kanak-kanak, baginda tidak seperti kanak-kanak lain yang mana suka bermain membuang masa. Baginda mengembala kambing. Sebab tu mengembala kambing merupakan pekerjaan mulia dan sunnah. Tetapi hayat datok baginda juga tidak lama sehingga baginda berumur 7 tahun tempat baginda mencurahkan kasih sayang, tempat baginda berlindung, tempat baginda bermanja pula telah pergi meninggalkan baginda.

Sedih hati Baginda kehilangan orang yang disayangi setelah ayah & ibu baginda meninggalkan baginda. Setelah kepergian Abd Mutallib datok baginda, baginda di ambil pula oleh bapa saudara baginda iaitu Abi Talib B Abd Mutallib. Abi Talib menjaga Baginda seperti anaknya sendiri dan memberi kasih sayang sama seperti anaknya sendiri.

Pada suatu hari, Abi Talib hendak pergi berdagang ke Syam sambil membawa Baginda. Setibanya di satu pekan "tak ingat namanya" Abi Talib telah berehat dan berdekatan situ terdapat sebuah gereja. Apabila rahib gereja itu melihat rombongan itu berehat maka dijemput rombongan itu berehat di sekitar gereja tersebut. Rahib tadi sudah kelihatan dari jauh terdapat sebuah awan yang bergerak memayungi seorang kanak-kanak. Semasa rombongan berehat bersama-sama rahib tersebut,

Si rahib bertanya "dimanakah seorang lagi ahli rombongan tuan". Ketika itu baginda sedang berehat dibawah pokok seorang diri.

Maka berkata Abi Talib "itu anak saudara saya. Dia kematian ayah & ibu maka sekarang saya yang menjaganya"

Si rahib berkata "Sila panggilkan anak muda itu saya teringin berjumpa dengannya"

Apabila Baginda berada di depan Rahib, maka Rahib tersebut bertanya kepada Baginda. Rahib berasa pelik dengan kanak-kanak tersebut, maka meminta izin daripada Pamamnya untuk melihat tubuh baginda. Dibelakang badan Baginda diantara 2 bahu baginda terdapat tanda-tanda kerasulan yang telah tercatit didalam kitab-kitab terdahulu. Allah telah memberi isyarat berkenaan kedatangan Rasul terakhir didalam kitab-kitab Allah yang terdahulu. Oleh kerana Rahib ini kira handal didalam mentelaah kitab injil, maka dia mengetahui tanda-tanda itu berdasarkan petunjuk didalam kitab injil. Kitab Injil, Taurat, Zabur dan risalah-risalah lain pun datangnya daripada Allah azza wajala juga. Dah Allah azza wajala yang mengaturkan segala-galanya.

Terdapat tanda dibelakang Baginda yang mana seperti sebujur telor dibelakang badan baginda diantara bahu kanan & bahu kiri (menurut kitab-kitab Sirah Nabawiyah).

Maka berkata Rahib tersebut "Sila la tuan membawa pulang anak ini kerana saya khuatir jika orang Yahudi melihat kanak-kanak ini pasti akan dibunuhnya" " Jika benar lah tanda-tanda yang terdapat pada anak ini, saya pasti akan menyokong dan melindungi beliau jika disaat itu saya masih lagi hidup"

Seorang pendita Nasrani memberi baiah dengan berkata akan melindungi Baginda... (Kita blom sampai tahap melindungi baginda lagi)

Maka bawalah pulang Baginda oleh pamam baginda ke Makkah tanpa meneruskan perjalanan ke Syam.

Pada umur baginda remaja dalam linkungan 16-18 tahun baginda telah beserta orang-orang Makkah didalam suatu peperangan (Tak ingat nama peperangan tersebut). Baru berumur belasan tahun sudah memegang pedang berjuang di medan perang.

Allah Maha Besar diaturnya perjalanan Baginda dengan demikian rupa merupakan didikan dari pada Allah kepada Baginda sebelum baginda memegang Tugasan yang paling besar dan berat iaitu Melancarkan Dakwah dengan Mentauhidkan Allah Azza Wajala "LAA ILA HAILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH" agar baginda mempunyai hati dan jiwa yang kental dan semangat juang yang tinggi didalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

Itu semasa baginda berumur belasan tahun sedikit daripada Sejarah perjalan baginda.. Nak tahu lebih lanjut sila rujuk kitab-kitab Sirah Nabawiyah yang tebal-tebal.

Maka ketika umur baginda 20-an baginda telah mendapat tawaran daripada Saudagar kaya iaitu Siti Khadijah Bt Khuwalid. Beliau merupakan seorang janda yang kaya di Makkah dan merupakan seorang saudagar. Maka ketika beliau sedang merencanakan satu perdagangan yang akan membawa barang dagangan ke Habsyah (kalau saya tak silap) maka beliau amat-amat memerlukan sorang yang amanah untuk membawa barang dagangan tersebut.

Di Makkah siapa lagi manusia mulia yang ada yang tak pernah ternodai jiwa dengan berhala, tidak pernah berkata bohong, tidak pernah khianat dan amat-amat mulia AKHLAKnya iaitu MUHAMMAD B ABDILLAH saw. Sampai kat perkampungan baginda iaitu Makkah baginda di gelar Al-Amin. Mana nak cari manusia kat kampung kita sekarang yang boleh dikatakan sebagai bukan pengkhianat, tak pernah bohong, mulia akhlak? Dan amat-amat boleh dipercayai.
Tak ada bro...

Maka terdengar Abi Talib akan hasrat Siti Khadhijah dalam mencari seorang pemikul amanah. Maka Pamam Baginda pun bertemu dengan baginda menyuarakan pandangan agar baginda mewakili Siti Khadhijah dalam rombongan tersebut. Lagipun bayaran yang ditawarkan oleh Siti Khadijah mahal juga harganya. Kerana pujukan pamam baginda untuk menjadi penjaga amanah kepada siti khadhijah, maka bersetujulah baginda. (Masa nie Baginda belum dilantik menjadi Rasul Allah lagi..)

Bertolak lah baginda untuk bertemu dengan saudagar tersebut iaitu Siti Khadhijah Bt Khuwalid

Bersambung time mood ada nak tuleh...

No comments:

Post a Comment