SELAMAT DATANG KE BLOG "DARUL MOSTHOFA"

Berkongsi dengan teman-teman kata-kata Hikmah daripada Mualim-mualim sebagai dorongan dan peringatan kepada kita agar kasih sayang yang ada didalam jiwa kita di pupuk hanya untuk ALLAH swt sahaja...

Friday, August 6, 2010

Ar Awwam Az Zubair

Selawat dan Salam Keatas Rasulillah Muhammad B Abdillah saw semoga Allah tempatkan baginda ke Wasilah

Kita sambung sirah Nabawiyah kita...

Maka bergerak lah Baginda bersama-sama pamamnya Abi Talib bertemu saudagar kaya iaitu Siti Khadhijah Bt Al Khuwalid. Bertemu sahaja Siti khadhijah dengan baginda dan sesi perbincangan pun bermula. Yang mana Baginda perlu meng"exkod" rombongan perdangan yang membawa dagangan bernilai besar ke Syam untuk diniagakan. Baginda memegang tanggungjawab sebagai pemegang amanah didalam rombongan tersebut.

Baginda pun bersetuju untuk bersama-sama dengan rombongan tersebut. Setuju baginda bukan kerana bayaran yang berlipat ganda tetapi kerana baginda ingin membalas jasa pamam baginda didalam menjaga baginda dengan penuh kasih sayang sebagai anak sendiri. Allah Maha Besar didalam merencanakan perjalanan Baginda....

Maka bertolaklah baginda ke Syam...Panas terik padang pasir tidak langsung membuat baginda rimas ataupun mengeluh. Bibir baginda terus sahaja berzikir mengingati Allah.. Sedangkan pembantu Siti Khadijah yang ikut serta didalam rombongan tersebut terus memerhatikan telatah baginda. Rupa-rupanya Siti Khadhijah memasang spy untuk memerhatikan si pemegang amanah ini iaitu Baginda Muhammad B Abdillah saw. Baginda pandai sungguh berniaga dek kerana kejujuran baginda.

Lebih kurang macam nie dialognya:

Pembeli dari Syam"Tuan berapa kah harga barang ini"

Baginda menjawab dengan lembut dan sopan santun pertanyaan tersebut

"Barang ini datangnya dari Makkah. Kos barang tersebut 60 riyal (contoh aje nie). Silalah tuan membuka harga untuk barang tersebut dengan pengamatan tuan terhadap penah lelah saya kemari"

Maka pembeli berkata "Saya ingin membelinya dengan harga 80 riyal. Anda setuju ke"

Baginda" Kalau tidak keberatan boleh tak tuan menambah sidikit harga tersebut memandangkan ianya datang dari jauh iaitu Makkah tuan"

Pembeli dari Syam" Baiklah saya menambah harga tersebut kepada 100riyal"

Baginda"Baik lah tuan saya menerima tawaran tuan"

Cube perhatikan bagaimana baginda berniaga (contoh untuk dialog je tapi cara berniaga ada tertulis didalam kitab sirah Nabawiyah). Zaman sekarang nie mana ada orang meniaga bagi tahu harga kos pada pembeli. Lagi mau sorok belakang hati.. hehehhe
Sikap jujur dan amanah baginda cukup memikat hati pembeli dan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan baginda. Disamping itu baginda juga seorang yang penyayang kepada semua orang. Inikan pula kita umat baginda yang mengikut Al Quran As Sunnah secara keseluruhan lagi lah baginda sayang..

Maka setelah selesai barang dagangan tersebut, pulanglah rombongan tersebut ke Makkah sambil ditunggu oleh Saudagar Siti Khadhijah. Barangngan perdagangan habis dijual oleh baginda.. Tetapi baginda tetap relax dengan bibir sentiasa berzikir mengingati Allah swt.

Sesampai sahaja ke Makkah setelah mengharungi hutan padang pasir maka baginda terus mengadap Siti Khadhijah melaporkan hasil dagangan dan mengambil upah yang dijanjikan. Baginda pulang untuk bertemu dengan pamamnya Abi Talib untuk memberi hasil upah Siti Khadhijah.

Siti Khadhijah seorang yang pintar. Dia bertanya kepada spy nya bagaimana watakan Baginda sepanjang perjalanan dan cara ia berniaga sehingga habis barang dagangan.

"Muhammad seorang yang cukup jujur dan amanah. Saya memerhatikan dia seorang yang sentiasa mengingati tuhan kerana mulut nya sepanjang perjalanan berkumat-kamit menyebut nama Allah" "Dia juga seorang yang amat mempunyai kualiti akhlak yang tinggi sepanjang menjalankan perniagaan" Mungkin kerana itu hasil dagangan kita habis dijual.

Siti Khadhijah mula berputik rasa suka kepada Baginda Muhammad saw. Disuruhnya spynya (tak ingat nama spy nie) untuk merisik dengan pamam baginda iaitu Abi Talib B Abd Mutallib.

Cerita bersambung....

No comments:

Post a Comment