Selawat dan Salam keatas Baginda Rasulullah saw semoga baginda memperoleh wasilah..
Suntingan Siti Khadhijah Al Khuwalid keatas Baginda..
Maka bertemulah "spy" Siti Khadhijah bertemu dengan Abi Talib pamam kepada Rasulullah saw untuk merisik mengenai baginda. Perancangan ALLAH azza wajala tiada tandingan.. Subhanalallah.. Mengaturkan segala-galanya dengan kemas lebih-lebih lagi untuk Kekasih-Nya yang bakal mengegar dunia..
Rasa cinta Siti Khadijah tidak dapat dibendung lagi keatas prilaku Baginda yang amat-amat luhur dan sempurna akhlaknya. Maka kerja-kerja merisik pun berjalan diantara "spy" Siti Khadhijah & pamam Baginda.
Contoh:
"Tuan Abi Talib. Saya pembantu kepada Saudagar siti Khadijah dan hadir ke sini untuk menyampaikan hasrat tuan saya keatas anak buah tuan"
"Hasrat apa yang nampaknya seperti besar untuk disampaikan ini"
"Sebenarnya Tuan saya iaitu Siti Khadhijah telah menaruh hati keatas anak saudara tuan iaitu Muhammad. Maka ingin juga diketahui bagaimana maklum balas tuan keatas hasrat Siti Khadhijah ini."
"kalau itulah yang tersemat di hati Tuan Khadhijah akan saya sampaikan kepada anak saudara saya hasrat tersebut"
Macam mana steadynya Rasulullah punya akhlak.. Siti Khadijah saudagar kaya raya dan diantara wanita yang tercantik di Makkah ketika itu sanggup menghantar wakil untuk melamar baginda.. Baginda hanya seorang pengembala kambing..
Maka disampaikan lah berita itu kepada Baginda oleh Pamam yang amat-amat disayanginya iaitu Abi Talib. Baginda bersetuju dengan lamaran tersebut dan diadakan majlis pernikahan Baginda & Siti Khadijah...
Ketika itu umur baginda 25 tahun... Belum lagi menjadi Rasulullah, Belum lagi wujud Agama Islam.. Sepertimana tuan-tuan/puan-puan sedia maklum.. wahyu pertama yang turun ketika umur baginda 40 tahun... maka perjalanan baginda masih ada 15 tahun lagi sebelum turunnya wahyu ALLAH azza wajala yang pertama iaitu IQRA'....
ok kita sambung cerita nie akan datang, ana kene check balik inipati dari 25 tahun - 40 tahun umur baginda didalam kitab Sirah Nabawiyah.. Insya... kita cube dapatkan "USLUB" daripada perjalanan hidup Rasulullah untuk dijadikan panduan hidup kita Insya... Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat suri teladan untuk panduan hidup kita yang mengaku sebagai umatnya...
Insya akab disambung kesah sejarah Rasul Ulul Azmi yang cukup agung untuk dijadikan panduan kita semua... Ia lebih barakah jika tuan-tuan dapatkan Kitab Sirah Nabawiyah yang termaktur untuk diperlajari dan difahami dan diamali... Tak kenal maka tak cinta...
No comments:
Post a Comment